Disebabkan kekangan masa yang melampau. Nak update blog panjang-panjang tak berapa nak sempat kan. Maka marilah kita update yang mana sempat ok.

Ruang tamu besar cinonet ni nak juga upgrade kadang-kadang tu kan. Moh mari lah kita update skit.

Aku ni memang minat home deco ni lagi2 Nordic/ Scandinavian style ni. Dapat Eames inspired designer chair pun da rasa best sangat2 dah.

Adriana tnya aku....
Mama ni kerusi mimi ke???
Haaa banyak cantik kerusi mimi.
Punya lah lama mama aim nak beli kerusi ni tau. Tau2 kat SSF ada sales...n boleh dapat 50% terus beb pergi sambar. Laki aku pun tak boleh kata apa dengan perangai aku ni. Ya lah, kalau tak offer RM269 kot. Ni guna membercard SSF boleh dapat half price kot. Apa lagi. Pejam mata la.

Ok ni pulak meja baru dari Ikea. Aku memang order kt Ikea Personal Shopper aku, Kak Ina jer. Memang trusted and senang sangat nak deal dengan kak ina ni.
Korang yang berminat nak dapatkan khidmat kak ina as personal shopper korang boleh la whatsapp kak ina ja terus.
Boleh p usha kat FB page kak ina ni ya. Oh kak ina ada amik upah gak utk barang-barang Kaison. So korang pun takyah nak pening2 kalau nak cari barang-barang Kaison, kak ina leh tolong carikan gak.

Ni pulak meja baru kt SOHO. bilik utk SOHO ni memang kecik. Nanti kalau anak2 da besar alamat kena tukar ke bunk bed & loft Ikea tu apa. Nasib la dan tunggu Ikea Penang bukak dulu kan. Yang meja ni pulak kirim dekat Kak FarahGlanz masa depa p SBB hari tu. Tq naa kak Farah.

Apapun, minat nak ber deco ni memang sebati da dengan aku. Tak tau kenapa suka sangat. Dari dulu masa duk kat rumah sewa lagi memang suka sangat deko2. Lantak lah rumah sewa ka apa ka. Janji mata aku ni sedap ja n kena dengan jiwa aku ni. Kalau tengok kat group2 FB tu, yg ikea pnya group deco perghhh rumah sewa diorg deco pun gempak2 gila. Memang meleleh la tengok.

Next time ada lagi apa2 perubahan deco, aku akan try update dekat blog untuk sumber rujukan masa akan datang. Boleh la wat reference deko dari zaman jongos hingga ke zaman "dewasa" & "matang" gitewww.

Oklah.

Len kali pulak bersambung ya.

Tengah kumpul kekuatan untuk update entry Kohlipe pulak ni.
Semalam kami dua beranak saja balik ke Jitra. Nak drive berdua memang tak larat la dengan keadaan aku sekarang ni. So decide la nak naik komuter ja dari Butterworth ke Anak Bukit. Lega sekarang da ada komuter dari Butterworth ke Padang Besar.

Ada budak tu eksaited kemain nak naik kereta api. Tak abih2 mama nak naik ketapi...nak naik ketapiii.

Sementara nak tunggu komuter ke Padang Besar sampai.

Oh ya tiket dari Butterworth ke Anak Bukit cumalah RM7.60. and Adriana FREE ok. Murah hokey. Jimat oi.


Ni dia kadar tambang komuter dari Butterworth ke Padang Besar. Hampa boleh check la berapa tmbang hampa dari tempat hampa nak berlepas and destinasi hampa nak tuju.

Jadual perjalanan dari Butterworth ke Padang Besar.
Boleh refer sini untuk details.

Muka budak eksaited naik komuter.
Duk mama esok kita naik lagi ya ma.
Kesian pulak kat mek ni.
Len kali boleh la kita naik komuter ja balik Jitra kan. Suruh mak tok fetch kita kat Anak Bukit saja.

Oh masa perjalanan pun tak lama. Dari Butterworth Ke Anak Bukit pukul 7.40malam da sampai. Sat ja kan. Takdak la terasa lama ka apa ka.

Apa lagi. Next time boleh la balik berdua dengan mek ni guna komuter ja.

Korang-korang pun kalau dari Butterworth nak shopping kat Padang Besar ka apa ka, boleh la naik komuter ni ja. Jimat pun jimat. Cepat pun cepat.


Fuhhhh...
Baru berkesempatan untuk meneruskan Part III kan..it's better late than never ya dak???

So hari kedua di Koh Lipe, pagi yang best. Aku bangun awal untuk subuh and then sorang2 jalan ke Sunrise Beach. Walking disrtnce dalam 5 minit macam tu ja. Tak jauh pun. Laki aku lepas subuh layan tdoq balik, elok la dia temankan si kenit tu kan kt hotel.

Sepanjang perjalanan ke Sunrise Beach tu akan lalu stall2 kecik mcm kampung2 skit. Untung boleh survey breakfast murah sama kat situ.


Akan lalu resort ni sebab aku jalan ke hujung pulau ni. Kalau tak silap nama resort ni Mali Best something like that la. Memang betul2 menghadap ke Sunrise Beach.

Fuhhh breathtaking scenery.
Cantik gila kannnn.

Kasik chance la tuam blog nk selpie jap.

Cantik dia tu susah nak explain weh.

Along sunrise beach...
Sepanjang ni ada resorts.

Memang teruja habis aku tengok sunrise time tu. Jakun sangat.

Rindu pulak bila upload gmbaq ni....huwaa Koh Lipe...bila la nak pi lagi.

So lepas da layan sunrise kononnya. Jalan la balik ke hotel. Sepanjang jalan memang banyak betul anjing. Tapi anjing dia tak kacau orang pun. Anjing n kucing kt sini mak aih besar- besar wei.

On the way balik tu ada jumpa kedai runcit. Singgah la beli telur 5 bijik habuan nak wat sandwich teloq kan.

Berguna betul la lunchbox ni. Boleh masak sardines, rebus teloq and ada gak satu time tu kami panaskan tomyam dalam ni and topup seafood dalam tomyam. Sepppp bajet wei. Makanan kat pulau mahai kot.

So hampa takyah ka bawak baju banyak2. Beli ja serbuk detergent tu kat 7 e depa. Basuh ja. Kat hotel ni ada balcony. Sat ja jemoq da kering. Ya lah kan musim panas and kering sekarang. Ada lunch box macam ni bawak ja. Boleh gak masak yang bodoh2 n sepp bajet. Bajet traveller sangat oiii.

So pagi tu kami breakfast sandwich sardines/ teloq ja. Sardines pun belu ja kt 7e depa. Murah ja dalam 220B gitu. Lagi murah banyak dari rega sardines hampa beli kt Malaysia.

So lepas ja breakfast kamk terus gerak ke Pataya Beach untuk sesi snokerling kami.
Macam yang da cerita kat Part II hari tu kami amek sewa boat kan untuk snokerling kat lima buah pulau kan. So disebabkan kena naik 2 bot so kami pun kena divided into two groups.

Resit. Kena bawak ya.

Ni la dia company yang uruskan snokerling kat Koh Lipe ni.

Sementara nak tunggu turn untuk naik bot. Kita layan dulu la keindahan pantai kt Koh lipe ni.

Ni semua pakat duk tunggu turn nak naik bot.

Subhanallah. Lawakan alam ciptaan Allah ni.

Lawa sangat....

The Jemah semua duk melepak kat sini. Panas sangat wei....

Lama jugak la tunggu. Kami punya group yang last-last pulak tu.
Kalau letak teloq atas pasiaq rasa mau masak gak teloq tu.

Ok la bersambung len kali pulak.

Panjang2 nanti hampa boring pulakkk.
PEMENANG UTAMA:


Pemenang Saguhati:




Kepada yang berjaya sila tuntut hadiah anda dan email ke : aliafarhansaid@gmail.com
Kepada yang gagal tuntut selepas 5 hari dari tarikh ni hadiah akan diberikan kepada next cabutan secara random.
Berikut senarai peserta-peserta GA Kathy's Homemade Soap:

1. SHAHIDA
2. NOR NAZLIANA
3. ALYA CHAN
4. CIK ASH
5. ZAI ZAMREE
6. KISAH EARTY
7. NUR RAIHANAH
8. MOHD NOOR SHAWAL
9. NOOR AKMA
10. NURULATIKA YUNUS
11. CIK YANIE
12. KELADI UBI
13. MAF FASHION HOUSE
14. HANI FADHLINA
15. ASHEILA ZAKARIA
16. HANIS SYAZANA
17. MURNI ALYSA
18. SITI NURZAFIRAH
19. SYAKIRAH JF
20. NISHA
21. NOOR NAJWA
22. HUSNA IZZATI


stay tune naa...pemenang akan diumum kan nanti.....

Adriana Arissa turns three

in , by Alia Farhan, 7:44 PM
Sabtu lepas...harap maklum bday anak kesayangan kami mek kenit Adriana Arissa Binti Amir Mohammad Firdaus. Fuhhh panjang nauu nama kakak ni...esok kalau adik lelaki lagi panjang yer kakak nama diaaa....

Tahun ni kami tak buat celebration macam tahun lepas n tahun2 lepas pun. Kami celeb8 bertiga ja. The rest husband beli nasi bungkus and hantar pegi masjid saja. Jadi lah. Untuk anak mama ni.

Malu-malu pulak dia. Kalau tidak kemain lagi duk nyanyi sendiri happi beday toyu...hapi beday toyuuuu.. toyuuu pun boleh la kakak oiii...

Kami celebrate kat fav place kami 3 beranak. Tak lain tak bukan TGIF...makan sedap. Friendly staff. Tapi aku prefer lagi kat Queensbay dari Paragon.

Ni kakak Adriana punya meals.

As usual mama n papa kalau mai TGIF mesti nak order Tenesse Steak saja. Sedap oiiii. Mesti mau medium saja..well done well done ngak mau ya.

Apa pun to anak mama, Adriana Arissa semoga kakak jadi anak yg solehah. Sentiasa membahagiakan mama n papa. Jadi anak yang menjaga solatnya dan semoga kakak menjadi muslimah yang baik.

Amin


SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @aliafarhan
3) Like PAGE VANILLA FREAK

4) Follow Instagram @kathyshomemadesoap
cari gambar ini dan tag rakan anda
5) Like PAGE KATHY'S HOMEMADE SOAP

6) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Kathy's Homemade Soap by Alia'

7) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

8) Tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini

9) Komen dalam penyertaan ini masalah kulit yang dihadapi ( kering, ekzema, berminyak, berjerawat dsb)



1 HADIAH UTAMA:

Produk homemade soap bernilai RM50.



3 HADIAH SAGU HATI:

Produk homemade soap bernilai RM25.




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS